Tuesday, 15 November 2016

MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN

PENDAHULUAN

Sektor pelancongan merupakan sumber ekonomi negara yang amat penting. Dengan keunikan budaya, sejarah dan alam semula jadinya, secara tak langsung menjadi daya penarik kepada pelancong-pelancong dalam dan luar negara datang melancong ke Malaysia.

Kepelbagaian produk dan sambutan mengalakkan  yang diberikan oleh pelancong-pelancong telah menarik minat E`MAS BUDI  Travel and Tours (M) SdnBhd untuk menceburi dan memajukan sector pelancongan.

Galakkan dan sokongan dari kerajaan pula telah memberikan keyakinan kepada E`MAS BUDI Travel and Tours (M) SdnBhd untuk mengembangkan lagi sector ini.E`MAS BUDI Travel andTours (M)  SdnBhd merupakan sebuah agensi pelancongan dan pengembaraan Bumiputera yang berwibawa dan berpengalaman untuk memenuhi permintaan para pelanggan korporat, badan kerajaan serta persendirian.Ini termasuklah dalam mempelbagaikan produk-produk domestic dan luarnegara yang baru. Kami yakin akan dapat memperkenalkan dan memasarkan produk-produk tersebut untuk pelancong-pelancong luar dan juga dalam negara.

Matlamat E`MAS BUDI Travel andTours (M) SdnBhd adalah untuk menjadi sebuah agensi pelancongan yang inovatif dan berdaya saing, agar dapat mengembangkan lagi sector pelancongan Negara disamping dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kami

   MISI & VISI

 Mengembangkan perniagaan sector pelancongan di dalam dan luar negara.

Menghasilkan produk pelancongan Dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik

Memberikan servis yang berkualiti disamping memberikan kepuasan kepada pelanggan.

Berusaha untuk berdaya saing dan inovatif di dalam industri tersebut

OBJEKTIF

 Dengan memberikan perkhidmatan dan produk yang memuaskan kepada pelanggan, ianya akan dapat memberikan lebih keyakinan kepada pelanggan untuk mendapatkan produk dan menggunakan perkhidmatan dari kami. Dengan itu, nama syarikat akan menjadi lebih dikenali ramai.

Ini akan memudahkan lagi syarikat untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan-pelanggan baru dan pelanggan ulang. Oleh yang demikian, syarikat akan dapat mengembangkan lagi perniagaan dan juga ke untungan serta memberinilai untuk wang pelanggan.

Objektif kami ialah untuk menjadi sebuah syarikat pelancongan Bumiputera yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pelancongan yang terkemuka di Malaysia dan di dunia dengan mendapat keredhaan Allah s.w. t.

PERKHIDMATAN KAMI

 E`MAS BUDI Travel and Tours (M) Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan- perkhidmatan seperti berikut:

House boat
Pemandu pelancong
Perkhidmatan bot Trip snorkeling.Trip menyelam. Trip memancing.

No comments:

Post a Comment